rindu nak tulis blog!!

dah lame rasenye tak update blog..dekat sebulan dh..huhu...tak boleh nak online kat ofis...kenape ntah pc aku tu..bengong...sabo je la..tapi elok jugak...dapat la gaji berkat kan...hehe...tak melencong time keje...sebenarnye banayk benda nak tulis, tp blur lak...huhu..dah lame tak menulis rase cam malas lak...kepade sesape yg selalu online Yahoo Messenger tu add la aku yek..


ni emel aku...bluerose6228@yahoo.com....aku sentiasa online time kje..hehe..ofis hour insyaAllah ade..kekadang tu boring gak xde sape nak chatting dgn aku...sudi2kan lah add aku yek kawan2ku...sesape yg rase keboringan tu, add la..hehe..promote lak..

dah 24 tahun dah aku




semalam cukup la umur aku 24 tahun...birthday aku same dgn mak aku, pak cik aku dan tahun lepas sorang pak cik aku meninggal time bday aku...semalam genap la setahun die meninggal...tolong la sedekahkan Al-Fatihah untuk pak cik aku ye....die tak kahwin sampai die meninggal....


hmm...rase macam xbest je kan angka 24 tu..haha..kalau 23 tu rase muda lagi..bile dah 24 ni rase macam 'dewasa' lak...tp aku rase jiwa aku tetap remaja lagi...haha...satu je lagi fasa aku nak capai..nak ade keje tetap...sabar je la kan...belum rezeki aku lagi agaknya...

Petua Menjaga Keperawanan




Ustazah Fatima Az zahrah menurunkan petua untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat dalam Surah al-Waqiah. "Abqaro" ini bermaksud perawan (yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh perempuan untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.





Caranya:

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri kita & utk kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Selamat mengamalkan....;-)

nyampah

nyampah...!!! tensionnye..dah 2hari xboleh bukak fb...huhu..bosan siot...pc ni knp la bongok sgt..aku pon xtau r nape..dah la monitor pon zaman tok kadok punye lg..huhu...benci btol aku..arini dah la kene bebel dgn bos..tadah je la telinga..nak buat cner kan...aku pon xtau pe aku merepek ni..xde mood pon nk wat entry...

tunggu mood datang~~~

perempuan memang istimewa

kelebihan2 wanita:-

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

Ayam Masak Merah

Dah lame rasenye aku tak share resepi...aku bukan pandai masak pon..tp ni resepi yg aku slalu masak je la...simple..ayam masak merah..






Bahan-bahan:
Ayam (potong kecik2) - gaul dgn garam & kunyit - digoreng
Sos cili
Sos Tomato
Asam Jawa @ Asam KepingMinyak masak
Garam dan gula secukup rasa



Bahan utk dikisar
Cili kering
Halia
Bawang putih
Bawang besar


Cara penyediaan:
Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. Setelah itu masukkan sos cili, sos tomato dan air asam jawa @ 2 3 keping asam keping (asam gelugur) . Kemudian masukkan ayam yg telah digoreng, garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris. Gaulkan hingga sebati dan rata.


Sedia untuk dimakan!!! Cuba la..sukatan die tu pandai2 la ek..bajet2 la utk ayam tu...

Happy Deepavali

aku biasa dengar radio ERA pagi2 sblum gi keje...tapi pg td aku bukak je radio tetibe ade lagu tamil...aku tengok frekuensi dah btol...pelik btol..rupe2nya aku xsalah channel..haha..memang dorang play lagu tamil, sempena deepavali yg akan disambut esok...budak opis aku ni pon sorg dh cuti semalam lagi, arini sorang lg cuti...huhu...ni serba sedikit pasal deepavali...


Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.




Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Hadis - Kasih Sayang

hayatilah maksud hadis tentang kasih sayang di bawah, pendek, namun penuh makna....


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.

Pasangan Romantik

Calon-calonnya...hehe...ni antara pasangan paling romantik di kalangan artis..bagi aku la...


Dr. Fazley & Keluarga
 


Syed Aiman & Keluarga
 

Mustapha Kamal & Keluarga
 




Siti Nurhaliza & Keluarga


Rashidi Ishak & Vanida Imran



 

Faizal Tahir & Keluarga

Edry KRU & Keluarga


Sahabat atau Skandal?

Disebabkan ramai shbt2 ku yg sudah mendirikan rumahtangga, entry kali ni khas utk shbt2 yg dah jadi isteri org tu...hehe..kpd bakal2 isteri pon same la ye...umumnye utk sume pmpuan2 kat luar sane...sama2 lah usaha supaya rumahtangga yg dibina sampai ke hujung nyawa....aminn....

Menurut kajian yang dibuat Shirley P. Glass tentang ketidaksetiaan dlm perhubungan, 82% hubungan sulit bermula dari "teman biasa". Jadi, nilaikan tingkah laku anda, adakah ia menjurus ke arah perhubungan di luar batasan.

Orang yang Mencintai Kamu

1- Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2 - Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3 - Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4 - Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5 - Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6 - Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

7 - Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

8 - Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

9 - Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


10 - Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

11 - Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

12 - Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

13 - Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

14 - Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

15 - Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

Coklat Lebih Dasyat dari Ciuman

baca la artikel ni..pasal coklat...

>> Coklat Lebih Dasyat dari Ciuman

Festival Filem Malaysia ke-23

Pemenang filem terbaik FFM tahun ni filem Magika...aku pon xtengok lagi cite ni...tengok trailer mcm best je...aku just penah dengar lagu Penyembuh Rindu yg Mawi dgn Diana Danielle nyanyi tu..memang best lagu tu..sentuhan 3org anggota KRU ni kat mane2 pon mesti best...cubaan Edry buat filem yg berbentuk muzikal pon menjadi...die pandai mgunakan kelebihan die dlm bidang muzik...

Pengarah Filem Terbaik plak Syamsul Yusof, memang patut die menang...tabik spring la aku kat die...kire antara pengarah muda yg berbakat...tengok la anak sape kan..hehe..anak pengarah yg boleh tahan hebatnye....like father like son...tapi family dorang dapat berita sedih lepas kemenangan tu...berita lanjut klik sini : Kemenangan Syamsul disusuli Berita Sedih

tahniah jugak kpd pemenang2 yang lain...keep up the good work..industri filem kat malaysia pon boleh setanding hollywood dan bollywood...chaiyok!!

Ujian Personaliti MARA

aku rase ramai membe2 yang apply MARA ni..cikgu @ lecturer MARA...aku ingat lagi aku isi borang ni, kena isi semua subjek dalam transkrip...jenuh la aku bertapa dekat cyber cafe..sampai membe tunang aku yg kje kat cc tu pon tnya, aku buat keje sekolah ke..haha...
die ade 3 peringkat:
1- Ujian Personaliti
2- Micro Teaching
3- Interview

aku ni baru peringkat pertama, Ujian Personaliti...cam bese la,kalo sape yg penah jwb soalan SPA tu tau la...lbih kurang tu je la soalan die..pasal diri sendiri, sikap kite...
aku punye pusat Ujian kat IKM Jasin...xjauh la dari tol Jasin tu...exam start kol11 pagi..rupenye ade lagi sesi lg awal dari aku..aku ni sesi yg last...masa menjawab 45 minit..tapi aku rase aku jawab xsmpai setengah jam dh siap...haha..antara org terwal yg kuar dewan..buat pe nk pening2 kepala kan..bukan soalan maths ke takut salah...

balik dari melaka tunang aku ajak tengok wayang...kat seremban...kitorang tengok cite Cuti-cuti Cinta...best gak la..lps tu balik Nilai le, ape lagi...balik ke sarang..hehe...

tunggu je la result exam tu cner...

Cuti-cuti Cinta

ni lagi satu cite aku baru gi tengok hari sabtu aritu...lepas balik dari IKM Jasin, pegi jawab Ujian Personaliti MARA...tunang aku ajak gi tengok kat JUSCO Seremban 2...kitorang dapat seat baris kedua dari depan..macam nak masuk dalam skrin tu rase..haha...nasib badan..beli tiket lambat kan...

cite die best jugak la..very light...seswai utk family n couple...first time Nora Danish berlakon dgn Farid Kamil...aku tengok Farid hensem la plak dlm cite ni..haha..maybe sbb rambut die pendek..nmpk smart...wpon blakon jd budak kampung..
Ahli kumpulan Fabulous Cat pon semua berlakon skali dlm cite ni...Cat plak jadi 'lembut'...dengan kipas die tu..haha..


aku nak cite lebih2 pon xgune, sape yg belom tengok tu pegi la tengok cite ni...penuh dgn komedi yg ringan...best...tengok jgn tak tengok!

Jangan Pandang Belakang Congkak 2


aritu aku pegi tengok wayang kat The Mines..pegi dengan tunang aku...nek moto je dari Nilai..haha..ikut jalan dalam je pegi, balik baru ikut highway...sementara tunggu wayang start lepak Old Town kat luar wayang tu..rindu lak nak lepak Old Town...tunang aku xde keje lain, bukak fb la ape lg...dah ade wi-fi free kan...
kitorang tengok cite Jangan Pandang belakang Congkak 2..best gak la cite die...asyik gelak je...

azlee & lisa


yg xtahan tengok azlee dgn lisa...klaka abes...JPBC 2 ni lisa lagi banyak dialog n mimik muke..jadi org jahat la katekan...klaka la cite die...

time Lan Pet Pet dgn Cat nak belajar ilmu kebomohan tu..macam2 jadi..pastu dua2 suke Nora Danish, anak bomoh tu...

time dorang lawan dgn azlee n lisa
kesimpulannye cite ni lagi banyak elemen komedi drpd JPBC yang first....xrugi tengok...untuk family memang seswai...

mahalnye!

semalam aku gi beli lauk..aku dah masak nasik kat umah..aku gi la beli kat sorang mak cik ni..meniaga tepi jalan jual nasi putih dgn lauk...aku amik la ayam masak merah 3ketul, ayam tu dah la kecik je die potong, die kire seketul RM2.50...3ketul dah RM7.50...xpe la,aku layan je la lagi...mungkin la die bli ayam mahal...

then aku mtk la die isi kuah..sbb ayam yg aku amik tu xde kuah..aku bli la kuah masak lemak...die tanya aku nak brp ringgit..aku diam je..kuah pon kna bgtau brp ringgit ke? die pon isi la kuah tu, aku rase aku mtk ckup utk 2orang makan je..korang nak tau tak, kuah tu pon die caj aku RM1.50...kuah kosong je..huhu..sabo je la aku...cekik darah tol mak cik tu...tobat xbeli lg dah dgn mak cik tu...kalo aku bli masak bli ayam separuh pon xsmpai RM10 tau...nyampah tol aku...nmpknye pasni kene r rajin masak kalo nak jimat...

duit oh duit



korang ingat tak dulu kalo belanje sekolah sehari singgit je..tu pon kenyang..time aku skolah dulu plg byk duit blanje 2 ringgit...haha..time tu ade lagi duit syiling singgit yg kaler coklat tu...macam gambar ni...sekarang dah tak laku dah pon....aku ade simpan syiling ni..sentimental value tu..hehe..




sekarang ni budak sekolah siap ade yang blanje sekolah RM10 sehari...makan je dah RM5 sehari, belum masuk topup lagi, macam2 lagi...mane la mak bapak tak sengkek...kalo dulu blanje RM10 sehari confirm boleh simpan dalam tabung RM8 sehari...sebulan kalo 20 hari sekolah dah RM160..aku kayo la kalo camtu...banyak lagi kalo nak cite pasal beza dulu dgn sekarang...betol tak? sekarang ni kalo duit 10sen tu jatuh orang xheran pon....paling tinggi boleh beli gula-gula 2biji....haha..

Bebola Sardin

semalam, sedang aku kebosanan, aku bukak la internet cari resepi..saje gatai2..the aku jumpe la satu resepi untuk buat bebola sardin...aku tengok resepi die cam best je...aku pon salin la resepi tu..then balik umah aku try la...bahan2 die simple je..ni antara bahan2 die..


telor, sardin....hehe..makanan ni memang confirm ade kat dapur org2 bujang...untuk resepi penuh klik kat sini - Bebola Sardin


boleh tahan gak la rase die...kalo budak2 mesti suke...cume aku buat smlm masin sikit, terlebih garam..haha..cubaan pertama la katekan..kalo nak tau sedap ke tak, bagi je tunang aku makan..kalo die senyap tu maknenye sedap la..kalo xsdap cnfirm die mbebel...haha..yg penting semalam die makan, die snyp je..hahaha..paham2 la maksudnye kan....

cookies?


sebenarnye mmg takde idea nak tulis blog ni..huhu..banyak benda dlm kepala otak ni, tp malas nak taip...perut aku tgh lapar ni..saje bukak emel lame2..aku tertarik dgn gmbr ni..emel tu byk wallpaper psl friendship...yg ni menarik perhatian aku...haha..mungkin sebab aku tgh kelaparan..haha...makna die pon mendalam kalo korang paham...

"in the cookies of life, your friends are the chocolate chips"

Tragedi Oktober

malam kelmarin time aku tgh syok dgr radio, tetibe ade laporan trafik bgtau ade eksiden kat hgway...dan yg paling aku tkejut die bgtau jln jammed smpai lebih 7km...jauh tu...terkjut gak la...

rupa2nya eksiden tu mmg teruk, melibatkan byk nyawa...aku kire kemalangan yg plg dahsyat la tahun ni....aku mmg fobia dgn eksiden2 kat highway ni....dh penah kene skali...tp mmg tau, skrg ni bas ekspress pon suke memotong..dok lorong plg kanan lak tu...aku sndri penah nmpk...mengucap tgk dorg ni...berani btol....mentang2 la die besar, org lain yg kat jln raya tu nak xnak tpaksa la bg laluan....

ngeri aku tgk gmbr eksiden tu...ade yg smpai putus kepala....kenderaan yg tlibat boleh kata semua 80% hancur....xdpt dibayangkan cner la keadaan time kemalangan tu blaku..huhu..sedih2...takziah diucapkan kpd keluarga mangsa yg meninggal dunia....same2 la kita sedekahkan Al-Fatihah...

ni plak cite yg kena potong tangan sbb eksiden tu...-Potong Tangan-
yg ni plak lengan die hampir nhancur kene kaca tingkap bas..-Lengan Hampir Hancur
ni plak cite budak yg first time dan tu jgk kali terakhir die naik bas...sedih cite die..--Ajal Lepas Merajuk-


harap2 kejadian ni akan buka mata semua pihak yg bkaitan utk mencari penyelesaian bg mengurangkan kemalangan jalan raya...  

aku still rase meremang lagi baca cite pasal eksiden tu..sgt ngeri...huhuhu...



Moto GP 2010

aku baru je cakap pasal sorg mamat yg bwk moto besar xreti bg signal tu..arini dah sesak jalan kat F1..haha..patut la ade moto besar aritu..rupenye ade Moto GP...arini jgn cakap satu, berpuluh2 moto besar aku nmpk kat tgh jln tu..yg kereta xyah ckp la....jammed nak mampos jln kat ctu...petronas tu pon dh jd tmpt parking..kat tepi jalan xyah ckp la, 2 lapis kete parking..tu kire ok lagi, ade yg parking btol2 kat tepi tiang traffic light tu..gile btol...tak syg kete langsung....

sib bek la aku bwk moto..blh gak menyelit2..tu pon lenguh gak la kaki aku menekan brek...dah la kene balik Nilai pusing ikut bdr baru salak tinggi..huhu..sabo je la...kete moto lak laju semacam je arini aku rase...moto2 besar tu pon same je..ye la, dh moto laju, rugi la kalo bwk slow kan...aku ni yg puas mkn asap moto dorang...huhu...

part plg dramatiknye, yg kat bwh moto kete blumba2, yg kat stas langit tu pon same je...kapal terbang tu lepas satu, satu berlepas...MAS, Air Asia, ape lagi...haha...sib bek aku xbwk kamera, kalo tak, aku sgup benti tepi jln tu amik gmbr..haha..bukan senang nk dapat scene cmtu....

ni ha keputusan Moto GP 2010...sumber : Bharian Online

tak reti bagi signal ke?

aku plg nyampah kalo org bwk kete ke, moto ke, lori ke, van ke ape ke, yg xreti nak bagi signal kalo nak msuk simpang...sakit btol ati aku..menyusahkan org lain...pastu bile org langgar ko, ko salahkan org lain..padahal nk bagi signal tu pkai satu jari je kot...sabo je la aku...ade jugak manusia pemalas cmtu...
 

contoh pagi td, ade sorg mamat ni...bwk moto besar, yg tayar die mengalahkan tayar lori..pastu dah dekat nk msuk simpang die blh slow motion je, pastu die belok....bengong btol..harap  moto je besar, tp tuan punye moto akal kecik..huh! nyampah aku....
moto besar cmni mmg xde signal ke ape??

Adnan Sempit


cite Adnan Sempit ni aku dh tgk kat wayang dgn tunang aku...best gak la..tang komedi die, dan cite die selambe...lakonan Sam pon bersahaja...hepi la tgk...bahsa yg digunakan pon santai, macam yg budak2 muda skrg gunakan..sbb tu la kot cite ni bg kesan yg mendalam kat ramai org...smlm aku download cite ni drpd youtube..mlm td aku nengok la sorg2 kat umah, gelak sorg2..haha...





antara part yg aku xboleh lupe time dorg mkn, yg sam ckp, "macam la xpenah ratah sambal belacan depan tv!!"....haha..klaka...tgelak aku dgr..









couple yg 2 org ni pon klaka...haha..sempoi gile...yg aku xtahan tgelak bf die yg nangis lebih time tgk kepala peragut tu jatuh dari pokok tmpt dorg nyanyi...bile wartawan soal xblh nk bkata2..haha..trauma...



mimpi

semalam aku mimpi seseorang..someone yg penah rapat dgn aku, tp skrg dh xrapat..huhu..ni sume mesti sebab aku tertengok gmbr die semalam sblm tido..haha..tu la pasal bile tido dalam keadaan otak blm abes bfikir..tp mimpi smlm aku boleh ingat..slalunye aku mimpi bile bgun tido aku xblh ingat ape yg aku mimpi spenuhnye...mimpi smlm mcm btol2 je..hadoi...sabo je la...

teringat lak kenangan lalu...~~~

beku

kenape la aircond kat ofis ni kuat sgt...masuk ofis je rase mcm masuk peti ais..huhu...aku dah la kenyang gile..byk btol aku mkn arini..haha..mane la tak gemok kan..dh lapo, mkn la kan...xkan nk tido lak...mata dah ngantuk ni, jari2 aku dah keras dah kebekuan..haha..kalo ade tilam kat sebelah aku ni kan best, baik punye landing aku tido..hehe..

sbenarnye td byk idea nak tulis..bile dh start tulis ni mls plak rase nak menaip..aku 2 hari ni keje download video kat Youtube  je..boleh gak ilangkan bosan mlm2 dok umah..nak tgk tv kdg2 xclear..nk wat cner kan, antenna murah je, beli kat Mydin je...nak bli yg mahal xmampu...lgpon aku sorg je nengok...aku slalu bukak radio je pagi2...sambil bsiap nak gi keje tu kan..xde la boring sgt...

aku rase aku dh merepek dh ni...ni sume sebab aircond ni..menyebabkan otak aku pon beku skali..haha...

Kalau Jodoh Tak ke Mana

cite ni mengingatkan aku pada sorg kenalan aku, jiran aku yg br kawin utk kali ke-2...isteri pertama die baru meninggal...tup2 aku dgr die kawin dgn ex-girlfriend die dulu...aku rase die dh umo 50-an dah...dari kisah2 cmni kdg2 buat aku fikir, watpe aku beria nak tkejar2 org yg aku suke, kalo jodoh xkan kemane...even kawin dgn org lain pon, kalo dh tertulis jodoh kite dgn die, kite tetap akan kawin jgk...so, xpyh nak serabutkan kepala...serahkan jodoh kepada Allah...mmg jodoh kite hanya Allah je yg tau...


KAMPUNG GAJAH: Kalau sudah jodoh tidak ke mana dan pepatah itu amat sesuai menggambarkan pasangan warga emas, Shamsuddin Ngah Samat, 72, dan Umi Rais, 70, tetap berkahwin selepas terpisah selama 53 tahun.
Menceritakan kembali detik perkenalan awalnya dengan Umi, Shamsuddin berkata dia pernah bertunang dengan isterinya itu ketika berusia 19 tahun.
Bagaimanapun, pertunangan kami hanya bertahan empat bulan. Saya kemudian bertemu dengan wanita lain iaitu arwah isteri.  “Mungkin kami tiada jodoh pada masa itu menyebabkan saya berkahwin dengan arwah isteri, tetapi kami tidak dikurniakan anak,” katanya ditemui selepas majlis perkahwinannya.
Menurut Shamsuddin, selepas berkahwin dengan arwah isterinya yang meninggal dunia Mac lalu, dia dan Umi membawa haluan sendiri dengan Umi bertemu jodoh dengan lelaki lain. “Saya masih pulang ke kampung biarpun sudah tidak tinggal di sini memandangkan ini adalah kampung halaman saya manakala Umi masih menetap di sini. “Ketika pasangan masing-masing masih hidup, kami tidak mengambil tahu hal masing-masing dan hanya bertegur sapa apabila bertemu secara kebetulan.
 “Justeru, saya tidak sangka selepas pasangan masing-masing meninggal dunia dan berpisah selama 53 tahun, akhirnya jodoh tetap menyatukan kami sebagai suami isteri. “Saya juga gembira kerana keluarga kedua-dua belah pihak merestui perkahwinan kami,” katanya yang tinggal di Sabak Bernam, Selangor.
Umi pula menganggap jodohnya dengan Shamsuddin tiada selepas pertunangan mereka terputus dan reda dengan keadaan itu.
   “Namun, saya tidak sangka jodoh kami masih ada walaupun sudah berpisah selama 53 tahun. Bagi saya, ajal maut, jodoh pertemuan Tuhan yang menentukan.
“Saya tidak pernah menyangka akan berkahwin semula selepas kematian suami kira-kira empat tahun lalu tetapi apabila ketika Shamsuddin datang melamar, saya tidak teragak-agak menerimanya,” katanya yang mempunyai tiga anak hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya.

Sumber : HMetro

Kuch Kuch Hota Hai

cover cd yg aku tgk smlm
   percaye tak, aku baru tengok filem ni first time semalam...hehe...sblm ni aku penah tengok lagu2 die je...aku tgk kat laptop malam semalam dari kol11 lebih smpai kol2 lebih baru abes...4 cd...tu pon aku skip part yg nyanyi2 sket...haha..kalo tak maunye 3 4 pagi br tidor...

    sedih gak la cite die...nangis aku tgk..haha...tp tak sesedih cite kabhie khushi kabhie gham...cite tu mmg aku nangis, feeling die lain...cite pasal family kan...

    ni sume penangan tunang aku la ni..tetibe je die minat hindustan disebabkan ade sorg mamat lembut kat ofis die minat gile hindustan ni...mule2 kitorang nk cari cite kabhie khushi kabhie gham tu la, tp xde lak...layan r cite ni...hehe...aku pon mmg tgh bosan dok umah semalam....last2 nangis sorg2 tgk cite kuch kuch hota hai...hahahaha....

Kencing

Satu hari Chot terbangun malam. Dia rasa nak terkencing. Dia pun masuk bilik air. Chot sungguh terkejut bila bukak je pintu, lampu tu terbuka sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan tutup pintu, Sekali lagi dia terkejut bila lampu tu tertutup sendiri. Cepat-cepat dia kejutkan bini dia yang tengah lena tidur.

Dia pun menceritakan hal yang terjadi padanya  semasa kencing tadi..
"Abang heran lampu tu terbukak dan padam sendiri bila abang bukak dan tutup pintu".

Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata.
"Abang buat perangai lama dah... KENAPA abang kencing dalam peti ais lagi HAH????"

Filem Lagenda Budak Setan

Cover Novel Lagenda Budak Setan
filem yg diadaptasi dari novel ni dah lame kuar kat wayang..tp aku xsempat nak pegi tgk..br smlm dpt tgk cd die...boleh tahan la gak cite die..tp tak bjaya buat aku nangis mcm cite Kabhie Kushi Kabhie Gham...hehe...cite ni sedih, tp xberape feeling die punye sedih tu...plg feeling tgk que haidar bgaduh dgn lisa tu..perghh, mmg dramatik abes la...

aku tertarik ade satu komen pasal filem ni kat internet..klik sini untuk bace >>> Filem Lagenda Budak Setan Gagal ...kritikan membina...tp mmg btol pon ape yg dikomen tu bg aku...

aku excited nak tgk cite ni sbb aku dah bace novel die smpai abes...adik aku beli..hehe..aku lak mmg tgh kebosanan tahap maksimum kat umah time tu...xkeje lg..layan je la...bile dh bace tu xsyok la kalo xabeskan...btol tak? beratus muka surat pon bace gak smpai abes...hmmm, overall aku bg 4 bintang...tengok la kalo korg xtgk lg...kire ok la utk dilayan...

Penemuan Terbaru Kacip Fatimah

tengah syok tgk bharian online tadi ternampak artikel ni..aku copy part2 yg best je..hehe..tertarik gak la baca sbb aku minum gak kacip fatimah ni tiap2 hari...effect plg best senggugut aku dh kurg..best2...ni antara petikan artikel tu...

"KHASIAT tumbuhan hutan kacip fatimah atau nama saintifiknya ‘Labisia Pumila’ sudah diketahui begitu berkesan sebagai ubat tradisional untuk mengekalkan sistem reproduksi yang baik wanita sama ada merangsang, memudahkan proses bersalin mahu pun perawatan selepas bersalin.

Malah, hasil kajian juga mendapati kacip fatimah ini boleh merawat penyakit buasir serta mengubati sakit dalam tulang serta meroyan.

Penemuan terbaru khasiat kacip fatimah ialah ia mampu menjadi ejen antipenuaan dan mencerahkan wajah. Penemuan itu terhasil menerusi kajian sekumpulan saintis daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Universiti Dongguk Korea Selatan.

Kacip Fatimah mengurangkan sintesis melanin (untuk pencerahan wajah) serta boleh bertindak sebagai ejen antiradang.

Tumbuhan itu juga mengandungi kandungan antioksida yang lebih tinggi, lebih dua kali ganda daripada asid askorbik atau vitamin C. "

interesting kan?

Sumber : BHARIAN ONLINE

ape salah aku?

penah tak korg baik dgn someone...kire dh jd best friend, rapat sgt, sume mslh korg share sama2, hari2 borak sama2, gurau sama2, tetibe sbb something happen, korg dh xrapat lg dah mcm dulu...mesti terase kehilangan kan? huhu...skrg bile bcakap pon mcm nak bgaduh je..msing2 perli memerli....hmmm..ontah la, den pon xtau la punco eh....huhu..salah aku ke? kalo salah aku at least ckp la..ni tak, senyap je..pastu mcm mrh2 xtentu pasal...aku tau ade lg yg tbuku di hati die..die xnk bgtau aku...biarkan la...harap2 die tau la nk story kat aku pasni....sedey2...touching la plak aku pagi2 ni... rindu siot kat die....:-(

ape penyelesaiannye??

ade sorg mamat ni, aku bg name Ali la..Ali ni dah btunang dgn sorg pmpuan, namenye Siti...Ali kenal Siti ni dari skolah lg..kirenye dh bcinta lame dah la...then btunang....dlm tempoh dorg btunang tu dorg ade la bgaduh..bese la kan, org 'darah manis'....Siti ni tgh marah, die cabar Ali ni cari pompuan lain...Siti ckp, xde pmpuan yg boleh tahan dgn perangai Ali ni...

nak dijadikan cerita, Ali ni rase diri die tcabar (bese la laki kan, pantang dicabar..ego). pastu Ali ni ngorat la sorg minah ni, name die Ayu...dipendekkan cerita, dorg bdua ni dah jatuh cinta...then, Ali dgn tunang die si Siti ni berbaik lak..dh xgaduh dh.masing2 dah sdar salah masing2..so, dorg pon berbaik la..lgpon dorg dah tunang kan, dah nak kawin...xelok gaduh2...

So, Ali ni skrg dlm dilema..die dah syg dua2...Siti pon die syg, Ayu pon die syg....tp dua2 xtau dorg ni dah 'dimadukan'....korg rase ape penyelesaiannye? apa yg ptut Ali ni buat?

mesti ramai lelaki kat luar sane yg mengalami kes mcm ni...cuba korg bg idea, ape yg ptut Ali ni buat??

Kekuatan Api Cinta

Alkisah suatu ketika dahulu, Kapak, Gergaji, Palu, dan Nyala Api sedang mengadakan suatu perjalanan bersama-sama. Di suatu tempat, perjalanan mereka terhenti kerana terdapat sepotong besi waja yang menghalang jalan. Mereka berusaha menyingkirkan besi waja tersebut dengan kekuatan yang mereka miliki masing-masing.

itu dapat aku singkirkan,kata Kapak. Pukulan-pukulannya keras sekali menghentam besi yang kuat dan keras itu. Tapi setiap hentaman hanya membuat kapak itu lebih tumpul sampai ia terpaksa berhenti.

ini, biar aku yang urus,kata Gergaji. Dengan gigi-gigi yang tajam tanpa perasaan, iapun mulai menggergaji. Tapi terkejut dan kecewa ia, semua giginya jadi tumpul dan jatuh.

lihat, aku sudah cakap,?kata Palu, kan aku sudah cakap anda semua tak dapat lakukan. Sini, sini aku tunjukkan caranya.?Tapi baru sekali ia memukul, kepalanya terpantul sendiri, dan besi tetap tak berubah.

boleh aku cuba??tanya Nyala Api. Dan iapun melingkarkan diri, dengan lembut menggeluti, membelai, memeluk, dan mendakap besi itu erat-eratnya seperti tak mahu melepaskannya lagi. Besi yang keras itupun meleleh cair.




Renungan :

Ada banyak hati yang cukup keras untuk melawan kemarahan demi harga diri. Tapi jarang ada hati yang tahan melawan nyala api cinta kasih yang hangat. Betapa kebijaksanaan ada dalam sebuah kelembutan dan kehangatan, seperti api mencairkan hati yang dingin. Tak ada yang tahan berhadapan nyala cinta kasih.

4 bulan & kopitiam

aku xtau la cerita ni suratan ke kebetulan...hehe..macam tajuk lagu plak..

sebenarnye nak cite pasal keje yg aku dh buat...ms lps abes study dulu aku penah keje kopitiam kat KL Sentral...Kaya Kopitiam...dulu kalo sape yg slalu gi kl sentral tau la katne kopitiam ni..kat tingkt yg sm dgn kfc....tp skrg kopitiam ni dh tutup...xlame lps aku benti kje ctu...tu la, menipu gaji staf...kan dh "bungkus"....manusia mmg cmtu..time bjanji manis je sume..bile nak buat habuk pon takdak....

lps tu aku kje kerani kilang dkt nilai..lame gak la..7bln...pastu aku benti sbb tension...then aku kje kopitiam...Old Town White Coffee...dkt giant nilai...sape dok nilai tau la katne..bapak besar giant tu...old town dkt luar giant tu..kat depan..kalo masuk pagar tu nmpk old town dulu...2 tingkat...mslh dorg ni asyik xckup staf je..sabo je la...bab gaji pon mcm xpuas hati gak, tp aku mls la nk gduh..sbb aku tgk mcm xde penyelesaian je dgn dorg2 ni...aku tny kang aku yg sakit hati balik...

hmmm...nak tau ape persamaan dua2 kerja aku ni? ni ha persamaan die....
1) konsep : kopitiam
2) tempoh aku keje : 4 bulan
3) bos : cina
4) supervisor : melayu
5) masalah : gaji + staf tah pape

korg pk la sndri suratan ke kebetulan....

aku musykil

hari sabtu malam aritu aku pegi hntr sepupu aku, Natrah gi smbg study kat Mesir...pegi nek kete dgn my bulat...bpusing2 cri fmly aku..haha..aku siap bgaduh2 dgn bulat...die silau tgk lampu byk2 kat airport...spec die xbwk...setelah bpusing2 dan kredit pon dh abes beberapa rgit la jgk calling2 baru la jumpe dorg....flight die pkul1.30pagi...ktrg anta dlm kol12lbh cmtu, then balik la...kol1.30 gak la aku smpai umah....

tu cite ari sabtu...then ari ahad lak aku gi la umah umah pcik aku kat bangi..ayah spupu aku yg gi Mesir ni la...cadang nak gi knduri kat sentul....aku follow je..jln2 gi raye skali pastu..dh alang2 kan..gi selayang umah mak teh, then gi batu caves umah spupu aku....pastu balik bangi...balik dalam kekenyangan..hahaha..makan je keje aku arini...aku kene balik Nilai sndri nek komuter...kol8lbih jgk la aku gi tgu kmuter..tibe2 ade announcement bgtau tren lmbt smpai..br dekat KL Sentral..bapak jauh lg tu..huhu..sabo je la...

haa...ni baru nak cite pasal tajuk kat atas tu...tgh aku duduk2 tgu tren, suddenly aku nmpk ade sorg mamat ni..pkai t-shirt putih, tgh mundar mandir kat tmpt parking...mule2 aku buat xtau je, ingatkan die tgh membe ke ape...pastu bile aku tpandang die lg skali aku nmpk die tgh sembahyang....ms tu mmg tgh azan isyak...dlm hati aku, "bagusnye budak ni,sembahyang kat atas tar tu je"...kat tmpt parking tu ade byk moto je, tetibe ade sebijik van, mamat tu smbhyg sblah van tu..kirenye org lain xnmpk die..aku sorg je nmpk...kbetulan aku duduk tgu tren kat hjg platform, saje dok sorg2....

part paling best yg buat aku tgelak sorg2 ape die tau...time mamat tu abes bg salam,tgh dlm keadaan duduk tahiyat akhir tu die pandang blkg tgk kat aku..hahaha...dlm hati aku dh tgelak2 dh...mamat tu malu ke ape ke xtau la...tp yg buat aku musykil tu, aku xnmpk plak die angkat ape2 kain ke yg die buat jd sejadah...die bgun trus blah cmtu je...agaknye smbhyg atas jln tar tu je kot...musykil2...ish3x...
Stesyen Komuter UKM



Petua Mencuci Hati

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik.
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

yang aku highlight kan tu yg aku rase perkara mudah + simple utk kite buat...tp kite kdg2 lupe...bnda yg nmpk sikit tu kdg2 blh dtgkan kesan yg besar pd kite....

Aminuddin Baki

Aku teringat mase aku keje old town dulu ade sorang customer ni tnya kat aku, aku asal mane..aku ckp la, perak, chemor...then die ckp, "ooo tempat aminuddin baki lahir tu"... aku tetibe tercengang,rase cam malu pon ade..dlm hati aku ckp, "ye ke? aku pon baru tau"...padahal aku skolah aminuddin baki...SMK Aminuddin Baki, Chemor, Perak....buat kwn2 yg xtau sape Aminuddin Baki tu,ni ade maklumat sikit psl beliau....



Aminuddin Baki (6 Januari 1926 - 25 Disember 1965) ialah "Bapa Pendidikan Malaysia" serta bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan) yang paling muda ketika berusia 36 tahun. Beliau mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini, termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Laporan Pendidikan Razak pada tahun 1956, dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960.

Dilahirkan di sebuah kampung di Chemor, Perak 1926, Aminuddin memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Chemor pada tahun 1932. Selepas lulus peperiksaan darjah lima pada tahun 1936, beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Anderson yang merupakan sekolah Inggeris yang terbaik di Ipoh ketika itu. Beliau tamat persekolahan menengahnya pada tahun 1941.


Pada sekitar tahun 1945, Aminuddin mula menunjukkan minat dalam persatuan pelajar ketika berasa amat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Institusi Victoria, Kuala Lumpur, walaupun persatuan itu hanya mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini kemudian bertukar nama kepada Kesatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu pada 11 Februari 1946, dengan tujuan menyatukan semua persatuan pelajar di Tanah Melayu. Aminuddin dilantik sebagai setiausaha dan kemudian, menubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) di Perak pada April 1946. Namun begitu penglibatannya hanya sementara kerana pada Oktober 1947, Aminuddin diterima sebagai pelajar di Kolej Raffles, kini merupakan sebahagian Universiti Nasional Singapura sejak 8 Oktober 1949.


Generasi zaman skrg ni mane nak amik tau psl sejarah sgt kan..tp aku xpasti la Sekolah Melayu Chemor tu skrg wujud lg ke tak..atau dh tkr name..hehe...kalo de sape2 yg tau share la..