Aminuddin Baki

Aku teringat mase aku keje old town dulu ade sorang customer ni tnya kat aku, aku asal mane..aku ckp la, perak, chemor...then die ckp, "ooo tempat aminuddin baki lahir tu"... aku tetibe tercengang,rase cam malu pon ade..dlm hati aku ckp, "ye ke? aku pon baru tau"...padahal aku skolah aminuddin baki...SMK Aminuddin Baki, Chemor, Perak....buat kwn2 yg xtau sape Aminuddin Baki tu,ni ade maklumat sikit psl beliau....



Aminuddin Baki (6 Januari 1926 - 25 Disember 1965) ialah "Bapa Pendidikan Malaysia" serta bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan) yang paling muda ketika berusia 36 tahun. Beliau mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini, termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Laporan Pendidikan Razak pada tahun 1956, dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960.

Dilahirkan di sebuah kampung di Chemor, Perak 1926, Aminuddin memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Chemor pada tahun 1932. Selepas lulus peperiksaan darjah lima pada tahun 1936, beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Anderson yang merupakan sekolah Inggeris yang terbaik di Ipoh ketika itu. Beliau tamat persekolahan menengahnya pada tahun 1941.


Pada sekitar tahun 1945, Aminuddin mula menunjukkan minat dalam persatuan pelajar ketika berasa amat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Institusi Victoria, Kuala Lumpur, walaupun persatuan itu hanya mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini kemudian bertukar nama kepada Kesatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu pada 11 Februari 1946, dengan tujuan menyatukan semua persatuan pelajar di Tanah Melayu. Aminuddin dilantik sebagai setiausaha dan kemudian, menubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) di Perak pada April 1946. Namun begitu penglibatannya hanya sementara kerana pada Oktober 1947, Aminuddin diterima sebagai pelajar di Kolej Raffles, kini merupakan sebahagian Universiti Nasional Singapura sejak 8 Oktober 1949.


Generasi zaman skrg ni mane nak amik tau psl sejarah sgt kan..tp aku xpasti la Sekolah Melayu Chemor tu skrg wujud lg ke tak..atau dh tkr name..hehe...kalo de sape2 yg tau share la..


0 komen dari kawan2:

Post a Comment