Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Cantiknya Fazurina Bertudung

sukenye tengok Fazurina ni dah bertudung...die ni salah satu pelakon favourite aku..suke tengok die berlakon & die ni cantik, body die pon cantik...tak macam setengah artis tu kurus kering je kan...die berlakon mmg best, especially dalam cite Dunia Anita tu...hehe..i like..ni wajah die bertudung..ala-ala minah Arab gitu..






"PETALING JAYA: Pelakon yang pernah popular menerusi siri Dunia Anita dan Trilogi Cinta, iaitu Fazurina mengambil keputusan untuk mengenakan hijab selepas menyambut ulang tahunnya yang ke 30, pada 9 Jun lalu.
Fazurina berkata, keputusan itu tidak dipaksa oleh sesiapa sebaliknya ia datang ikhlas daripada hatinya sendiri dan telah lama berniat untuk berbuat demikian.
"Saya tiada apa-apa alasan kenapa saya mengambil keputusan untuk bertudung tetapi ia datang daripada hati saya sendiri selepas menyambut hari lahir yang ke 30 pada 9 Jun lalu.
"Insya-Allah, imej ini akan kekal selamanya kerana ia adalah satu perkara yang dituntut oleh agama," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa." - mStar Online

Bob Kuman Meninggal Dunia

Terkejut gak dengar berita ni...huhu...,Bob Kuman ni seorang yg hepi go lucky same macam arwah Din Beramboi...aku baru terbaca yang die dah meninggal dunia...aku cuma tau die sakit je aritu dan ade kecoh2 sket ritu kan...ape pon same2 la kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah...semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman...


Takziah buat keluarga Bob Kuman...semoga tabah menempuhi dugaan ini....


klik>>>

Facebook - Bob Kuman







tetap ceria walaupon sakit









Ustaz Asri (Rabbani) dalam Kenangan

Kumpulan Rabbani
"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."

Itulah kata2 Ustaz Asri dalam blog dia ASRI RABBANI...penuh bermakna kan? Aritu aku tengok cite Saksi Maut dekat TV9, dorang interview family dengan kawan2 arwah..kalo korang tengok wajah isteri die, sangat menyejukkan mata yang memandang. Wajah dia manis je.

Isteri Arwah


Bergenang jugak airmata aku dengar kawan2 dia bercerita pasal Ustaz Asri, kebaikan dia. Antara yang aku tertarik bila isteri dia cakap arwah ni ego dia sangat rendah dan sabar dia sangat banyak...bertuah kan isteri dia dapat suami macam Ustaz Asri...memang sangat payah la nak jumpa lelaki macam tu zaman sekarang ni..isteri dia cakap sebelum Ustaz Asri meninnggal dia selalu menyanyi lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti untuk isteri dia..so sweet..macam dia nak sampaikan mesej tu untuk isteri dia...Ustaz Asri jugak meninggalkan 6 orang anak..semoga anak2 dia tabah dan menjadi umat Isalm yang soleh dan solehah...jarang dah kita dengar orang anak ramai zaman sekarang ni...

Keluarga Ustaz Asri
gambar ni rasenye beberapa tahun lepas kot, sebab anak sulung dia sekarang dah besar dah pon..dah bujang dah..

ni antara link yang berkaitan dengan Ustaz Asri :-






Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Al-Fatihah...........

Penangan Zed Zaidi

Hari sabtu aritu aku ikut husband aku gi Seremban..ade karnival belia..ade wat auto show kereta...saje la join meramaikan lagi kete waja...die join club waja, so leader die ajak la memeriahkan majlis...kalo ikutkan hati, mmg la xminat..tp takkan nak dok umah je kan..so, aku follow la..sampai je hujan renyai2...suasana pon mcm bosan je...


then kitorang masuk dalam bangunan SAINS kalo tak salah aku..nak dijadikan cerita dorang ade jemput artis2...yg aku nampak mase masuk tu, Zed Zaidi, tgh bergambar dgn org ramai yg dtg tu..teruja kejap tengok kehenseman die..ahakss..;-) aku suh husband aku tgkapkan gmbr aku dgn die, tapi xsempat..die dah duk kat depan pentas..aku dengar dorang cakap ade artis2 AF...of coz la aku tak kenal..muahaha...sori, i xlayan AF der...yg aku pasan ade Radhi OAG dgn sorg ahli Cecupak tu...sape tah name die..ade lg 2 3 org pelakon yg aku kenal muke je, tapi xtau name..hehe..


yg penting aku "jatuh cinta" jap dgn Zed Zaidi...hensemnye la..lupe jap aku dtg dgn husband..hehe..aku cakap dgn husband aku, "Hensemnye Zed Zaidi tu kan bang? Kalo die nak dgn org, org sanggup jadi bini no 2 die..."....hehe..tak senonoh kan ckp dgn laki sndri cmtu...husband aku senyum2, pastu die ckp dgn kawan die, "ko tengok bini aku ni, dari tadi cakap pasal Zed Zaidi je, ko tlg hntr die balik..."...tapi die gelak2 la (ade baur2 jeles..haha)


sebab tu aku cakap "jatuh cinta" kejap je...lupe kejap husband bile tengok Zed Zaidi...dah la hensem, baik lak tu...sib bek aku dah balik ke alam nyata...haha...husband ade kat sebelah...ape la, takkan dgn Zed Zaidi pon nak jeles kan..mcm la die nak kawin dgn aku...haha..suamiku suamiku....


ni gambar Zed Zaidi dgn wife die, so sweet..cantik wife die...;-)


Tak Abes2 Kontroversi Norman dgn Memey ni...hmmm~~


malas nak cite pjg la, sbb abg Ben dah tulis kat blog die..aku bukak blog pagi2 dah terbaca cite ni..cite pasal pakaian yang bakal dipakai Memey dgn Norman masa dorang kawin nanti nak dipamerkan di Muzium Negara...huahuah..macam xpecaye je...gempak sgt ke? cuba la bace kat link kat bwh ni.....>>>