Cantiknya Fazurina Bertudung

sukenye tengok Fazurina ni dah bertudung...die ni salah satu pelakon favourite aku..suke tengok die berlakon & die ni cantik, body die pon cantik...tak macam setengah artis tu kurus kering je kan...die berlakon mmg best, especially dalam cite Dunia Anita tu...hehe..i like..ni wajah die bertudung..ala-ala minah Arab gitu..






"PETALING JAYA: Pelakon yang pernah popular menerusi siri Dunia Anita dan Trilogi Cinta, iaitu Fazurina mengambil keputusan untuk mengenakan hijab selepas menyambut ulang tahunnya yang ke 30, pada 9 Jun lalu.
Fazurina berkata, keputusan itu tidak dipaksa oleh sesiapa sebaliknya ia datang ikhlas daripada hatinya sendiri dan telah lama berniat untuk berbuat demikian.
"Saya tiada apa-apa alasan kenapa saya mengambil keputusan untuk bertudung tetapi ia datang daripada hati saya sendiri selepas menyambut hari lahir yang ke 30 pada 9 Jun lalu.
"Insya-Allah, imej ini akan kekal selamanya kerana ia adalah satu perkara yang dituntut oleh agama," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa." - mStar Online

0 komen dari kawan2:

Post a Comment