Penemuan Terbaru Kacip Fatimah

tengah syok tgk bharian online tadi ternampak artikel ni..aku copy part2 yg best je..hehe..tertarik gak la baca sbb aku minum gak kacip fatimah ni tiap2 hari...effect plg best senggugut aku dh kurg..best2...ni antara petikan artikel tu...

"KHASIAT tumbuhan hutan kacip fatimah atau nama saintifiknya ‘Labisia Pumila’ sudah diketahui begitu berkesan sebagai ubat tradisional untuk mengekalkan sistem reproduksi yang baik wanita sama ada merangsang, memudahkan proses bersalin mahu pun perawatan selepas bersalin.

Malah, hasil kajian juga mendapati kacip fatimah ini boleh merawat penyakit buasir serta mengubati sakit dalam tulang serta meroyan.

Penemuan terbaru khasiat kacip fatimah ialah ia mampu menjadi ejen antipenuaan dan mencerahkan wajah. Penemuan itu terhasil menerusi kajian sekumpulan saintis daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Universiti Dongguk Korea Selatan.

Kacip Fatimah mengurangkan sintesis melanin (untuk pencerahan wajah) serta boleh bertindak sebagai ejen antiradang.

Tumbuhan itu juga mengandungi kandungan antioksida yang lebih tinggi, lebih dua kali ganda daripada asid askorbik atau vitamin C. "

interesting kan?

Sumber : BHARIAN ONLINE

2 komen dari kawan2:

Aliesha Kirana said...

tak sia-sia ko minum slme ni kn..hehehe

SYUHADA said...

tau xpe..yg plg penting sgugut dh krg...best tol...dulu penah smpai aku kene gi kat bhgian emergency kat hosp sgugut punye psl...ms kat kmk dlu la..ingat lg,min yg temankan aku...pastu blik pcik driver yg anta tu blanje ktrg mkn..hehe..

Post a Comment