Korang tau tak macam mane nak setting waktu standard Malaysia? Biasanya korang jumpe ni bile nak setting time dekat handaphone ataupun dekat komputer, especially yang berkaitan dengan internet, sebab masa dia ikut masa antarabangsa.
Alhamdulillah..dah 300 LIKE..
harini rasenye dh 5 bulan lebih aku bukak page ni..mula2 buat tak layan sgt pon..blur2 je..tak reti pon nak guna page ni..
setelah mencari2, belajar drpd kwn2, drpd seminar, drpd internet, dan macam2 lagi, alhamdulillah dah pandai sket..hehe..rasenye banyak lagi yg aku xtau..tapi pembelajaran tu kan sepanjang hayat..aku akan terus mencari lagi ilmu2 yang bermanfaat...
Harini dah genap 300 LIKE..alhamdulillah..
bukan senang nak dapat LIKE ni..huhu..susah sebenarnye nak bagi org yakin dgn bisnes kite..
kepada semua yang dah LIKE, terima kasih ye...jangan serik beli dgn saya..;-)
servis akan diperbaiki dari masa ke semasa..
Sungai Tercantik di Dunia
Cano Crystals yang terletak di hutan simpan De La Macarena, Colombia merupakan sungai tercantik di dunia.
Untuk satu tempoh antara musim hujan dan musim kemarau, sungai ini akan dipenuhi pelbagai alga yang merubah sungai ini kepada 5 warna.
10 Perkara Seksi yang Disukai Suami
1. Waktu isteri mengejutkan mereka pada waktu pagi.
2. Isteri yang baru sahaja selesai mandi.
3. Suara isteri mereka apabila terjaga dari tidur pada waktu malam (ada suami yang sengaja mengejutkan isteri mereka pada waktu malam semata-mata ingin mendengar suara seksi isteri mereka)
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
Isteri,
Seksi,
Suami
A.R. Tompel dalam kenangan
AR Tompel
Nama Sebenar : Aman Ramli Bin Jaafar
Tarikh Lahir : 24 Oktober 1918
Meninggal dunia : 30 Januari 1973 (kemalangan jalanraya)
Isteri Pertama (bercerai) : P. Suriati
Anak :
1) Armaya Aman Ramli (AR Badol)
2) Amran Aman Ramli (Amran Tompel)
Pendekar Bujang Lapok
Salah satu cerita P.Ramlee yang aku minat...tengok beribu kali pun tak bosan...
Layan je...
Mari Menderma
Jom kita sama-sama menderma untuk projek pembinaan masjid Putra Heights Subang Jaya. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web ni >> KLIK SINI
Kawan-kawan boleh menderma ke akaun di bawah ni :-
Nama : Tabung Pembinaan Masjid Putra Heights
Bank Islam - 1215010006931
Maybank Islamic - 562366633818
Tuan Rumah yg Sengal..!!
kisah aku ni mesti pernah terjadi kat sesetengah daripada korang yg takde rumah sendiri, terpaksa menyewa rumah org lain utk tempat berlindung...begini kisahnye...
aku dah menyewa rumah ni hampir setahun, sebulan sblm aku kawin, husband aku dh byr sewa rumh, wpon tak duduk situ lagi, just taruk barang2 je dlu..lps kawin baru kitorang pindah sepenuhnye...rasenye dalam 10 bulan la jgk dok ctu...then bulan lepas kitorang ade mslh kewangan yg mmg xdapat dielakkan..biasenye mmg dapat gaji aku trus byrkan je dulu duit rumah tu, xsampai 30hb pon selalunye...bulan lepas mmg aku tak bayar la, dah memang takde duitnye...tuan rumah ni plak 2 3 kali asyik kol je mtk sewa rumah..dlm kecoh2 tu, kitorang dpt gak cari duit utk byr sewa die..tapi time tu dah nak dekat 10hb la..mmg dh lewat la..tu mmg adat la, kite tumpang rumah die..
ape yg buat aku geram tu, die msj kat husband aku ckp nak naikkan sewa rumah jadi rm550..lps tu die kate nak wat agreement baru (baru la sgt!! sblm ni pn mmg xde agreement)...so, kena tambah lagi rm300 utk agreement baru..macam saje je kan?dh tentu kitorg ni xberduit nk byr sewa rumah, ni plak nk byr lg rm300...huh! sakit je ati aku dengar..kalau nak halau ckp je trus terang kan senang..selame ni dh jenuh ktrg duduk xde plak nak naikkan sewa, ni tetibe je...sengal tak?
dalam dah bengang2 tu, akhirnye dapat rumah lain yg harga die rm550 jgk, tapi lebih berbaloi...susah payah la jgk berpindah dgn keadaan kewangan mcm tu..aku punye sakit hati, rase mcm teraniaya je..doa org2 teraniaya ni makbul kan...harap2 doa aku dimakbulkanlah..Aminn...malas nak gaduh, biar Allah je yg balas..
kalo nk cite byk lagi aku xpuas hati dgn dorang, pasal deposit, pasal bil api air...tp biarkanlah..cuma yg buat aku tergelak tu, tuan rumah ni mcm ala2 takut bini ke ape xtau la...die siap dtg umah mtk sewa dkt husband aku (nasib bek time tu aku kje, kalo tak mau bgaduh)..pastu bwk bini die..aku mmg xpneah tgk bini die, tp ms pulangkan kunci aku berkesempatan jumpe die (mmg nak sgt jumpe bile dgr cite husband aku pasal bini die yg kerek sgt tu)..so, aku tunjuk la kat die, aku byr bil letrik lebih drpd bil sbb nk cover yg bln kitorang keluar tu la...aku tunjuk kertas yg aku print dari cimbclicks...(kalau korang nk tau, muke bini die mmg menyampah tgk, lgsg xsenyum!!)..
nak tau ape yg buat aku tergelak??die tanye aku, ni yg pakai cimb tu ek?macam blur2 je aku tgk...muke dh sombong dah, tapi xde la pandai sgt...mesti xpenah pkai cimbclicks...bukan aku nak menunjuk yg aku pandai, tp muke tu mcm berlagak nak mampos mcm die sorang je ade rumah, lgsg xsenyum, berbeza btol dgn husband die..pastu boleh pegi check dekat TNB plak..xpercaye la konon...duit deposit pon amik lagi rm50, konon nak tgu bil bln ni plak..poyo..aku dh siap byr lebih..kalo xckup pon takat dlm rm10 je..mtk la, aku byr la...
kadang2 geram dgn perangai Me**yu yg kaya sikit ni..kaya sikit ye, bukan kaya gile (kaye gile lain plak perangainye)...
lagi satu, aku nasihatkan kepada korang yg nak sewa rumah tu, make sure ade agreement, baca btol2..lepas tu, yg korang bayar sewa tiap2 bulan tu print dan simpan..kita tak tau hati budi manusia..rambut sama hitam,. hati lain2...
sekian...
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
Bebel,
Rumah
Mungkin Kerna Kita Terleka....
Sekali pena terlepas dari genggaman, ucapan "oops" mendahului dari "YA ALLAH"
Bila perut kenyang, "ha..kenyangnye" mengatasi "ALHAMDULILLAH"
Bila terpegun dengan keindahan alam, "SUBHANALLAH" tertutup dek kata "cantiknya"
Bila dikunjungi berita malang, "kesiannye" terucap kerna kita terlupa pada "INNALILLAH HIWAINAILAIHI RAJI'UN"
Tapi ingatlah bila Izrail mendekati kita, biarlah ucapan "LAILAHAILLALLAH" menjadi juara mengatasai segala-galanya
LIKE jangan tak LIKE ;-)
kawan-kawanku...lame rasenye tak membebel kat blog ni..hehe..sangat sibuk menghadapi hari-hari yang penuh dengan dugaan dan cabaran..2 bulan kebelakangan ni hidup sangta huru-hara..sampai sekarang pun..tak habis2 dengan masalah..huhu..sabar je la..nak tak nak kena la jugak menempuhinye kan..alamakss, terlebih bebel sudah..hehe..sebenarnye nak share aku punye Page yg dah lame buat, tapi aku dah delete aritu sebab tak reti pakai..lembab sket bab page2 ni..tapi baru-baru ni aku mengaktifkan balik Page ni, disebabkan impian nak bebas dari masalah kewangan ni..lama sungguh rasenye dah menanggung..dah sampai masa untuk move to the next step...kena nekad jugak..thanks to my best friend yg ajak aku join satu seminar yg betol2 membuka mata aku..thanks to Echah atas jasa baik dia..kalau aku berjaya die la org pertama yg aku nak blanje makan..hehe..bukan senang nak cari kawan yg betol2 kawan sejati zaman sekarang ni...
hmm..anyway kat bawah ni link ke Page aku...LIKE la kalau korang suke...aku dah decide nak jual beg je..nak fokus satu je, tak nak jual banyak2 dah...so, sesiapa yang nak beli ape2 yang berkaitan dgn beg silelah ke Page aku ye...still dalam proses menambah lebih banyak pilihan..wish me luck ;-)
LIKE la Page saya ye >> Miracle House
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
Bebel,
Facebook,
Handbag,
Page
Paku di Dinding Hatimu
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun
ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang
Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan
sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya . Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya . Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu
ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada kita.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu
ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada kita.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah
meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda." ;-)
100 Tahun Peristiwa Titanic
Peristiwa tenggelamnya kapal Titanic berlaku pada tahun 1912. So, dah seabad peristiwa tu berlaku. Siapa sangka kan, kapal yang canggih dan mewah ni boleh tenggelam. Agaknya orang2 yang bina kapal ni tersangat yakin bahawa kapal ni takkan tenggelam. Tapi dengan kuasa Tuhan, kapal ni tenggelam jugak.
Cuba korang baca link kat bawah ni, lepas tu korang fikir, ianya suratan atau kebetulan??
~ klik sini ~
Ni plak gambar2 Titanic dalam pembinaan..
~ klik sini ~
Kalau korang berminat nak tau lagi pasal kapal ni, boleh baca kat blog ni :-
~ Titanic Ship ~
Cuba korang baca link kat bawah ni, lepas tu korang fikir, ianya suratan atau kebetulan??
~ klik sini ~
Ni plak gambar2 Titanic dalam pembinaan..
~ klik sini ~
Kalau korang berminat nak tau lagi pasal kapal ni, boleh baca kat blog ni :-
~ Titanic Ship ~
Kesimpulannya, walau macam mana besar dan teguh sesuatu ciptaan manusia, takkan dapat melawan kuasa Allah S.W.T. dan ciptaanNya...Pengajaran kisah Titanic ni, jangan terlampau yakin dengan apa yang kita buat. Memang la kite ni kena yakin, tapi jgn yakin 100%, sebab manusia ni memang tak sempurna, So, berispa sedialah dengan pelbagai kemungkinan dalam setiap apa yang kita lakukan. Prevention is better than cure..;-)
binatang ape PRE-LOVED tu?
aku selalu nengok gambar2 org meniaga online ni dan aku selalu terjumpe perkataan PRELOVED tu..aku tak tau la ade yang tau ke tak..tapi aku xpenah tau pon maksud perkataan tu..tetibe jumpe banyak lak..huhu..
setelah disiasat, rupenye maksud die barang2 yang dorang dah tak nak pakai atau tak boleh pakai, dorang jual balik..kire macam bundle la..tapi macam2 ade..kasut la, handbag la, purse la..kaya betol dorang ye banyak barang2 nak dijual..aku ni kalo boleh nak beli brg yg tahan lame je..xpyh nak beli2 lagi dah...hehe..
so, kesimpulannye PRE-LOVED tu dalam bahasa poyo nye, macam barang yg pernah di sayangi, tapi dah tak boleh pakai, terpaksa la let go dekat orang lain kan...hmm..macam-macam istilah yek...
Budi Bahasa..Ade Meh??
arini pagi2 dah ade orang buat aku hilang mood..eeeiiiiii geramnye...bongok btol...nak cakap pasal budi bahasa orang Malaysia ni...1 Malaysia katenye kan..ni pendapat dan pengalaman aku, takde kene mengena dgn sesape pon...saje nak share..
Kita selalu dengar orang kate Melayu ni kaya dengan budi bahasa berbanding bangsa lain...korang rase zaman skrg ni budi bahasa tu penting lagi ke??ni ape yg berlaku kat aku pagi tadi...
macam biase la, masuk dlm "penjara" kargo ni ade "security guard" ataupon dalam bahasa "sopan", polis bantuan..aku dah gantung kat leher lagi aku punye pas nak masuk...aku pon lalu la mcm biase jalan kaki..ade 3org yg terpacak kat situ..salah sorg ni bg la salam kat aku..so, aku pon jawab tanpa pandang die, aku dah jawab elok dah kot, Waalaikumussalam..pastu aku jln je la terus..aku dh lepas pintu boleh plak die ckp, "akak nak saya cakap kasar2 ke?"..aku pon terpinga2 la, ape la masalah mamat bongok ni...pastu die cakap, "saya nak tengok pas akak je, tunjuk la pas akak"..aku dgn hati yang membara pon tunjuk la dari jauh (dah lepas pintu)..pastu die ckp "ok"...sakit btol hati, time aku lalu die tak nak plak sibuk nak tengok pas...mcm tuuuttt perangai..sabo je la..menyakitkan hati sungguh!!!!!
aku cite ni bukan nak burukkan bangsa aku sendiri, tapi tu la kenyataannye...byk lagi la cth kalo nak cite, especially kat jalan raya...sampai malaysia ni famous sbb kemalangan jln raya...mostly berpunca dari sikap pemandu sendiri..lagi satu, mmg xreti nak bertolak ansur langsung, kalo jenis yg poyo tu, lgsg xnak bagi org masuk queue dpn die, especially kalo tgh jammed..sabo je la ek..huhu..
aku ckp pasal melayu ni bukan maksud aku bukan semua, tapi segelintir je yg poyo sesangat...bangsa india dgn cina pon ade gak yg kurang budi bahasa..cuma aku jarang jumpe cine yg kuang ajar, kalo india tu ramai..india ni jenis hati kering je..kalo orang marah pon die buat dek je...aku penah jumpe sorang minah ni time aku keje dulu, die suke dok dalam toilet berjam2, sampai satu hari aku bengang aku terkeluar la jugak ckp kat die, "ko ni berak batu ke ape?"...nk tau die watpe, die wat bodo je..huhu..sabo je la..mmg xde perasaan lgsg..die selalu kena pukul dgn abg die sndri, abg die slalu mtk duit gaji die..maybe dah terbiase kena maki2 kot, dah tak heran..
panjang pulak ye aku membebel..geram punye pasal...dikesempatan ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kenalan, maafkan segala salah silap aku, kot2 ade yg tersinggung dgn blog aku ni...balik kampung hati-hati ye...yg penting bile jammed ni kena banyak2 SABAR.....;-)
Kelebihan Solat di Awal Waktu
Setiap
peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang
boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
WAKTU SUBUH
Pada waktu Subuh alam berada
dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang
mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai
rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi
masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak
dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad
bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada
tidur.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada
waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh
melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau
(Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan
frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan
dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau
terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di
perut dan hilang sifat cerianya.
Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna
oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan
dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem
reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang
daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh
seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat
diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna
merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak
berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini
menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis
pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga
seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana
banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan
mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah
keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna
Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman
dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan
selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan
sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di
mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Doa Orang Yang Berpuasa Makbul
just nak share satu hadis ni untuk renungan di bulan Ramadhan ni...
"Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
so, berdoalah banyak2...doakanlah supaya kita dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik...
kepada yang belum dapat2 jodoh lagi tu, banyak2kanlah berdoa di bulan puasa ni, semoga jodoh korang dipercepatkan...aminnn...
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
Doa,
Puasa
Misteri Lebuhraya Bukit Tagar - Bukit Beruntung
Aku tak tau la ade yang tau ke tak, tapi aku sendiri pon sebenarnya baru tau, kawasan highway plus dari exit bukit tagar sampai bukit beruntung tu memang selalu berlaku kemalangan..
Beginilah Caranya
(L)
Aku Tak Bisa Menyatakan Perkataan
Kelu Lidah Bila Berdepan Kamu
(P)
Aku Percaya Pada Naluri Hatiku
Yang Nyata Sudah Ada Depan Mata
(L)
Tapi Aku Masih Belum Mengenalmu
(P)
Untuk Menikmati Rasa Sebenar-Benar Cinta
Chorus
(L)
Aku Tahu Di Mana Nak Cari Cintamu
Di Sini Tak Mungkin Mengalah
Dengan Apa Yang Mendatang
(P)
Yang Ku Tahu
Kucuba Terbaik Untukmu
Yang Indah Jadikan Kenangan
Yang Duka Perbetulkan
(L)
Begini Caranya Bagi Diriku
(P)
Caranya Bagi Diriku
Penyanyi : Shaheizy Sam & Yana Samsuddin
Aku Ada, Kau Ada??
korang dah tengok cite ni? cite yang berkonsepkan Komedi & Cinta..ade gak muzikal dalam cite ni..of coz la part muzikal paling best bile Yana dgn Sam nyanyi lagu Beginilah Caranya...so sweet..ala2 cite Korea kan die buat..kalo korang nak tau aku ulang part die nyanyi je, 3 kali...hehe..lagu die best..
cerita die overall ok la..not bad..kelakar jugak..tapi tak boleh lawan filem Ngangkung dengan Bini-biniku Gangster...kire boleh dapat 3 bintang la...dari segi lagu yg lain dalam cite ni, memang tak boleh lawan cerita Magika...hmm,tengok la plak sape yg buat lagu2 dalam Magika tu kan...otai industri muzik...KRU..lagu dalam cite ni biase je, yg paling best die punye OST tu je la..
Pengarah die sape?? Rahila Ali...tak penah dengar kan? aku pon first time dengar...rasenye macam mamak je tengok muke die...
Rahila Ali |
cite ni jugak memperkenalkan Wanna Ali dgn Sufian Ali..rase-rasenye dengar name pon dah boleh bayangkan camne rupe dorang kan..dah nama bapak pon same...
Sufian Ali |
Wanna Ali |
dorang ni kire watak sampingan..yg Sufian ni aku tak perasan sgt, macam tak menonjol je dalam cite ni..tp yg Wanna tu berlakon gediksss..boleh tahan gedik la kan...hehe..
Duit Syiling Masyuk!!
semalam lepas aku nengok cite Aku Ada, Kau Ada??, aku memulakan misi mengira duit dalam tabung..duit dalam tu semua duit syiling je..duit aku dgn husband aku..termasuk yg aku curik dalam poket baju keje die, dalam laci duit syiling dalam kete, yg bersepah2 kat dalam rumah...semua la...hehe..dulu mase aku blom kawin, aku selalu biar dalam beg duit aku takde duit syiling, kalo bayar yg ade sen tu, aku bayar je pakai duit kertas..dapat balance duit syiling kan..hehe...ni gambor2 yg sempat aku tgkp...
yang bersepah2 tu semua duit syiling 10 sen dgn 20 sen..yang dah siap susun tu duit syiling 50 sen...hehe..kene mulekan dgn duit syiling 50 sen kan, baru semangat...
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
Bebel,
Duit
Moh Minum Petang di Rumah PM
sebenarnye konvoi ni bulan lepas..dorang jemput kelab2 kereta untuk konvoi gi umah PM kat putrajaya...PM nye takde pon..aku ikut husband aku la, die join Waja Club...aku rase konvoi ni konvoi paling xbest aku penah join sepanjang husband aku join kelab ni..huhu..tah pape tah..berterabur...bese la, mula2 cakap aktiviti belia..siap dapat RM100 duit minyak, padahal Putrajaya - Seremban takde la jauh mane..then bile kumpul kat stadium Paroi, Seremban, tetibe keluar soalan, "agak-agak kita boleh menang tak tahun ni?"...korang rase sape yg cakap tu? paham2 sendiri la ye..mule2 dah rase cam xbest..tapi dah terjoin, belasah je la tunggu...ni gambor bebudak Waja tunjuk duit RM100 yg dorang dapat...ni kat Stadium Paroi..
ni plak gambar semua yang join konvoi..ni dah sampai kat umah PM...tengah mentedarah (makan) kat belakang tu...lapo dah masing2..hehe..kalo korang nak tau konvoi ni masuk suratkhabar dan yang aku rase cam poyo nye tajuk die tu..lebih kurang camni, "20,000 belia sokong PM"...bukan salah tajuk tu, tapi yg dtg tu sume btol2 sbb sokong PM ke sbb duit je? agaknye sbb tu la jgk ramai yg join "Bersih" tu kan...mesti ade yg xtau pape, tetibe dah terjoin...wallahua'lam..
Cantiknya Fazurina Bertudung
sukenye tengok Fazurina ni dah bertudung...die ni salah satu pelakon favourite aku..suke tengok die berlakon & die ni cantik, body die pon cantik...tak macam setengah artis tu kurus kering je kan...die berlakon mmg best, especially dalam cite Dunia Anita tu...hehe..i like..ni wajah die bertudung..ala-ala minah Arab gitu..
"PETALING JAYA: Pelakon yang pernah popular menerusi siri Dunia Anita dan Trilogi Cinta, iaitu Fazurina mengambil keputusan untuk mengenakan hijab selepas menyambut ulang tahunnya yang ke 30, pada 9 Jun lalu.
Fazurina berkata, keputusan itu tidak dipaksa oleh sesiapa sebaliknya ia datang ikhlas daripada hatinya sendiri dan telah lama berniat untuk berbuat demikian.
"Saya tiada apa-apa alasan kenapa saya mengambil keputusan untuk bertudung tetapi ia datang daripada hati saya sendiri selepas menyambut hari lahir yang ke 30 pada 9 Jun lalu.
"Insya-Allah, imej ini akan kekal selamanya kerana ia adalah satu perkara yang dituntut oleh agama," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa." - mStar Online