Beginilah Caranya






(L)
Aku Tak Bisa Menyatakan Perkataan
Kelu Lidah Bila Berdepan Kamu


(P)
Aku Percaya Pada Naluri Hatiku
Yang Nyata Sudah Ada Depan Mata

(L)
Tapi Aku Masih Belum Mengenalmu

(P)
Untuk Menikmati Rasa Sebenar-Benar Cinta

Chorus
(L)
Aku Tahu Di Mana Nak Cari Cintamu
Di Sini Tak Mungkin Mengalah
Dengan Apa Yang Mendatang


(P)
Yang Ku Tahu
Kucuba Terbaik Untukmu
Yang Indah Jadikan Kenangan
Yang Duka Perbetulkan


(L)
Begini Caranya Bagi Diriku

(P)
Caranya Bagi Diriku



Penyanyi : Shaheizy Sam & Yana Samsuddin

Aku Ada, Kau Ada??



korang dah tengok cite ni? cite yang berkonsepkan Komedi & Cinta..ade gak muzikal dalam cite ni..of coz la part muzikal paling best bile Yana dgn Sam nyanyi lagu Beginilah Caranya...so sweet..ala2 cite Korea kan die buat..kalo korang nak tau aku ulang part die nyanyi je, 3 kali...hehe..lagu die best..



cerita die overall ok la..not bad..kelakar jugak..tapi tak boleh lawan filem Ngangkung dengan Bini-biniku Gangster...kire boleh dapat 3 bintang la...dari segi lagu yg lain dalam cite ni, memang tak boleh lawan cerita Magika...hmm,tengok la plak sape yg buat lagu2 dalam Magika tu kan...otai industri muzik...KRU..lagu dalam cite ni biase je, yg paling best die punye OST tu je la..

Pengarah die sape?? Rahila Ali...tak penah dengar kan? aku pon first time dengar...rasenye macam mamak je tengok muke die...

Rahila Ali


cite ni jugak memperkenalkan Wanna Ali dgn Sufian Ali..rase-rasenye dengar name pon dah boleh bayangkan camne rupe dorang kan..dah nama bapak pon same...


Sufian Ali
Wanna Ali


dorang ni kire watak sampingan..yg Sufian ni aku tak perasan sgt, macam tak menonjol je dalam cite ni..tp yg Wanna tu berlakon gediksss..boleh tahan gedik la kan...hehe..




Duit Syiling Masyuk!!

semalam lepas aku nengok cite Aku Ada, Kau Ada??, aku memulakan misi mengira duit dalam tabung..duit dalam tu semua duit syiling je..duit aku dgn husband aku..termasuk yg aku curik dalam poket baju keje die, dalam laci duit syiling dalam kete, yg bersepah2 kat dalam rumah...semua la...hehe..dulu mase aku blom kawin, aku selalu biar dalam beg duit aku takde duit syiling, kalo bayar yg ade sen tu, aku bayar je pakai duit kertas..dapat balance duit syiling kan..hehe...ni gambor2 yg sempat aku tgkp...


yang bersepah2 tu semua duit syiling 10 sen dgn 20 sen..yang dah siap susun tu duit syiling 50 sen...hehe..kene mulekan dgn duit syiling 50 sen kan, baru semangat...

Moh Minum Petang di Rumah PM



sebenarnye konvoi ni bulan lepas..dorang jemput kelab2 kereta untuk konvoi gi umah PM kat putrajaya...PM nye takde pon..aku ikut husband aku la, die join Waja Club...aku rase konvoi ni konvoi paling xbest aku penah join sepanjang husband aku join kelab ni..huhu..tah pape tah..berterabur...bese la, mula2 cakap aktiviti belia..siap dapat RM100 duit minyak, padahal Putrajaya - Seremban takde la jauh mane..then bile kumpul kat stadium Paroi, Seremban, tetibe keluar soalan, "agak-agak kita boleh menang tak tahun ni?"...korang rase sape yg cakap tu? paham2 sendiri la ye..mule2 dah rase cam xbest..tapi dah terjoin, belasah je la tunggu...ni gambor bebudak Waja tunjuk duit RM100 yg dorang dapat...ni kat Stadium Paroi..






ni plak gambar semua yang join konvoi..ni dah sampai kat umah PM...tengah mentedarah (makan) kat belakang tu...lapo dah masing2..hehe..kalo korang nak tau konvoi ni masuk suratkhabar dan yang aku rase cam poyo nye tajuk die tu..lebih kurang camni, "20,000 belia sokong PM"...bukan salah tajuk tu, tapi yg dtg tu sume btol2 sbb sokong PM ke sbb duit je? agaknye sbb tu la jgk ramai yg join "Bersih" tu kan...mesti ade yg xtau pape, tetibe dah terjoin...wallahua'lam..







Cantiknya Fazurina Bertudung

sukenye tengok Fazurina ni dah bertudung...die ni salah satu pelakon favourite aku..suke tengok die berlakon & die ni cantik, body die pon cantik...tak macam setengah artis tu kurus kering je kan...die berlakon mmg best, especially dalam cite Dunia Anita tu...hehe..i like..ni wajah die bertudung..ala-ala minah Arab gitu..






"PETALING JAYA: Pelakon yang pernah popular menerusi siri Dunia Anita dan Trilogi Cinta, iaitu Fazurina mengambil keputusan untuk mengenakan hijab selepas menyambut ulang tahunnya yang ke 30, pada 9 Jun lalu.
Fazurina berkata, keputusan itu tidak dipaksa oleh sesiapa sebaliknya ia datang ikhlas daripada hatinya sendiri dan telah lama berniat untuk berbuat demikian.
"Saya tiada apa-apa alasan kenapa saya mengambil keputusan untuk bertudung tetapi ia datang daripada hati saya sendiri selepas menyambut hari lahir yang ke 30 pada 9 Jun lalu.
"Insya-Allah, imej ini akan kekal selamanya kerana ia adalah satu perkara yang dituntut oleh agama," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa." - mStar Online

Kelebihan Wanita


Kelebihan Wanita
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.



21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan
berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat
.