"Thoma'ninah" dalam Sembahyang

Thoma'ninah tu maksudnye diam sebentar,berhenti seketika dan yang sama maksud dgnnye la...

Kalau yang jenis suke sembahyang laju2, cepat2 tu, baik korang perbaiki...sebab kalau sembahyang laju2 ni same mcm tak sembahyang..tak dapat nak menghayati....

Rasulullah s.a.w. menganggap orang yang melakukan sembahyang dengan cepat (tidak tumaninah) umpama tidak bersembahyang

Sabda Rasulullah S.A.W,
"Jika engkau berdiri untuk melaksanakan sembahyang, maka bertakbirlah, kemudian bacalah Al-Fatihah dan surah dalam al-Quran yang engkau rasa paling mudah. Lalu, rukuklah dengan tenang (thoma'ninah), lalu bangunlah hingga engkau berdiri tegak. Selepas itu, sujudlah dengan tenang, kemudian bangunlah hingga engkau duduk dengan tenang. Lakukanlah seperti itu pada setiap rakaat sembahyang mu."





sekadar berkongsi...;-)

0 komen dari kawan2:

Post a Comment