Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan dalam Keluarga

Pernah tak korang dengar org tua cakap anak sulung tak elok kahwin dgn anak sulung jugak..org kate "panas"...betol ke tak? Terpulanglah kepada korang sama ada nak percaya ke tidak. Tapi kalau dah sayang tu semuanya boleh diatasi kan? Kene saling memahami dan bertolak ansur la kalo nak hidup bahagia...


Aku pon anak sulung, dan tunang aku skrg pon anak sulung...selalu je gaduh, tapi still lagi ok je sampai skrg..sedangkan lidah lagi tergigit kan? Mungkin sbb anak sulung ni mmg sifat die degil, sbb die anak sulung kan, kene jadi tegas utk adik2 hormat....aku rase la..tu pendapat aku sebagai anak sulung..org lain aku xtau la...


Ok la, korang bace la ape yg ade kat bawah ni, sebagai panduan je...nak percaye? terpulang...


Sulung + Sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.


Sulung + Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.


Sulung + Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.



Tengah + Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah + Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu + Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

2 komen dari kawan2:

kusyenmerah said...

anak tunggal cmana pulak? :)

SYUHADA said...

anak tunggal? jap ek...

Post a Comment