Aku tak tau la cite ni baru ke dah lame..tapi aku br tengok…hehe..cite yg sgt menyentuh perasaan…sekali tengok rase nak tengok lagi…cite pasal anjing yg setia pd tuannye…cite ni berdasarkan kisah benar…ni aku bagi sket sinopsis die….
Hachiko |
"Hachiko di bawak ke Tokyo pada 1924 oleh tuannya, Hidesamuro Ueno, seorang professor sebuah kolej,. Setiap hari, bila Ueno pergi kerja, Hachiko akan duduk kat tepi pintu untuk tengok tuan die pergi kerja. Bila professor tu balik kerja pukul 4 ptg, Hachiko akan pegi ke Shibuya Station (stesyen keretapi) utk jumpe tuan die. Hachiko akan buat bende tu tiap2 hari.
Setahun kemudian, Ueno meninggal sbb stroke, di universiti tempat die mengajar. Jadi, Hachiko tak sedar yang tuan die dah takde. Hachiko ni akan pegi ke stesyen tu setiap hari seperti biasa utk tunggu tuan die balik. Hachiko dah jadi sebahagian drpd stesyen tu, semua org kenal die, ade yg bagi makanan dan tempat tidur utk die. Setiap pukul 4 ptg die akan cari tuan die dalam org ramai2 tu, tp tetap tak jumpe.
Hachiko mati pada tahun 1935, selepas 10 tahun menunggu kepulangan tuan die. Setahun sblm die mati, Shibuya Station bina patung anjing tu kat situ. Patung tu pernah musnah dalam perang dunia kedua, tp dibina semula dan kekal smpai hari ni."
patung Hachiko di Shibuya Station |
Korang mesti tengok cite ni…cite die slow je…tapi sgt menyentuh hati..bile tengok anjing yg setia tu….terharu bile tengok binatang pon pndai syg tuan..kite ni sesame manusia pun kadang2 macam takde perasaan, lebih teruk drpd binatang…ade suami sanggup pukul isteri, ade remaja yg sanggup buang bayi yg br lahir…mane pegi perasaan belas kasihan kite sebagai manusia…renung2kan lah….~~~
p/s : rasenye cite berdasarkan kisah benar lg best ditonton drpd cite adaptasi novel kot..hehe..
0 komen dari kawan2:
Post a Comment