dah 24 tahun dah aku




semalam cukup la umur aku 24 tahun...birthday aku same dgn mak aku, pak cik aku dan tahun lepas sorang pak cik aku meninggal time bday aku...semalam genap la setahun die meninggal...tolong la sedekahkan Al-Fatihah untuk pak cik aku ye....die tak kahwin sampai die meninggal....


hmm...rase macam xbest je kan angka 24 tu..haha..kalau 23 tu rase muda lagi..bile dah 24 ni rase macam 'dewasa' lak...tp aku rase jiwa aku tetap remaja lagi...haha...satu je lagi fasa aku nak capai..nak ade keje tetap...sabar je la kan...belum rezeki aku lagi agaknya...

Petua Menjaga Keperawanan




Ustazah Fatima Az zahrah menurunkan petua untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat dalam Surah al-Waqiah. "Abqaro" ini bermaksud perawan (yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh perempuan untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.





Caranya:

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri kita & utk kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Selamat mengamalkan....;-)

nyampah

nyampah...!!! tensionnye..dah 2hari xboleh bukak fb...huhu..bosan siot...pc ni knp la bongok sgt..aku pon xtau r nape..dah la monitor pon zaman tok kadok punye lg..huhu...benci btol aku..arini dah la kene bebel dgn bos..tadah je la telinga..nak buat cner kan...aku pon xtau pe aku merepek ni..xde mood pon nk wat entry...

tunggu mood datang~~~

perempuan memang istimewa

kelebihan2 wanita:-

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

Ayam Masak Merah

Dah lame rasenye aku tak share resepi...aku bukan pandai masak pon..tp ni resepi yg aku slalu masak je la...simple..ayam masak merah..






Bahan-bahan:
Ayam (potong kecik2) - gaul dgn garam & kunyit - digoreng
Sos cili
Sos Tomato
Asam Jawa @ Asam KepingMinyak masak
Garam dan gula secukup rasa



Bahan utk dikisar
Cili kering
Halia
Bawang putih
Bawang besar


Cara penyediaan:
Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. Setelah itu masukkan sos cili, sos tomato dan air asam jawa @ 2 3 keping asam keping (asam gelugur) . Kemudian masukkan ayam yg telah digoreng, garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris. Gaulkan hingga sebati dan rata.


Sedia untuk dimakan!!! Cuba la..sukatan die tu pandai2 la ek..bajet2 la utk ayam tu...

Happy Deepavali

aku biasa dengar radio ERA pagi2 sblum gi keje...tapi pg td aku bukak je radio tetibe ade lagu tamil...aku tengok frekuensi dah btol...pelik btol..rupe2nya aku xsalah channel..haha..memang dorang play lagu tamil, sempena deepavali yg akan disambut esok...budak opis aku ni pon sorg dh cuti semalam lagi, arini sorang lg cuti...huhu...ni serba sedikit pasal deepavali...


Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.




Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Hadis - Kasih Sayang

hayatilah maksud hadis tentang kasih sayang di bawah, pendek, namun penuh makna....


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.