LIKE jangan tak LIKE ;-)

kawan-kawanku...lame rasenye tak membebel kat blog ni..hehe..sangat sibuk menghadapi hari-hari yang penuh dengan dugaan dan cabaran..2 bulan kebelakangan ni hidup sangta huru-hara..sampai sekarang pun..tak habis2 dengan masalah..huhu..sabar je la..nak tak nak kena la jugak menempuhinye kan..alamakss, terlebih bebel sudah..hehe..sebenarnye nak share aku punye Page yg dah lame buat, tapi aku dah delete aritu sebab tak reti pakai..lembab sket bab page2 ni..tapi baru-baru ni aku mengaktifkan balik Page ni, disebabkan impian nak bebas dari masalah kewangan ni..lama sungguh rasenye dah menanggung..dah sampai masa untuk move to the next step...kena nekad jugak..thanks to my best friend yg ajak aku join satu seminar yg betol2 membuka mata aku..thanks to Echah atas jasa baik dia..kalau aku berjaya die la org pertama yg aku nak blanje makan..hehe..bukan senang nak cari kawan yg betol2 kawan sejati zaman sekarang ni...

hmm..anyway kat bawah ni link ke Page aku...LIKE la kalau korang suke...aku dah decide nak jual beg je..nak fokus satu je, tak nak jual banyak2 dah...so, sesiapa yang nak beli ape2 yang berkaitan dgn beg silelah ke Page aku ye...still dalam proses menambah lebih banyak pilihan..wish me luck ;-)

LIKE la Page saya ye  >> Miracle House


Paku di Dinding Hatimu




Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat  mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
 
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang
Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
  jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul
 paku 
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
 
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
 kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
  seperti sebelumnya. 
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
 
Kau
 boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya . Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,  namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu
ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
 
sentiasa membuka hatinya kepada kita.




"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda." ;-)