100 Tahun Peristiwa Titanic

Peristiwa tenggelamnya kapal Titanic berlaku pada tahun 1912. So, dah seabad peristiwa tu berlaku. Siapa sangka kan, kapal yang canggih dan mewah ni boleh tenggelam. Agaknya orang2 yang bina kapal ni tersangat yakin bahawa kapal ni takkan tenggelam. Tapi dengan kuasa Tuhan, kapal ni tenggelam jugak.

Cuba korang baca link kat bawah ni, lepas tu korang fikir, ianya suratan atau kebetulan??

~ klik sini ~


Ni plak gambar2 Titanic dalam pembinaan..

~ klik sini ~







Kalau korang berminat nak tau lagi pasal kapal ni, boleh baca kat blog ni :-

Titanic Ship ~


Kesimpulannya, walau macam mana besar dan teguh sesuatu ciptaan manusia, takkan dapat melawan kuasa Allah S.W.T. dan ciptaanNya...Pengajaran kisah Titanic ni, jangan terlampau yakin dengan apa yang kita buat. Memang la kite ni kena yakin, tapi jgn yakin 100%, sebab manusia ni memang tak sempurna, So, berispa sedialah dengan pelbagai kemungkinan dalam setiap apa yang kita lakukan. Prevention is better than cure..;-)

binatang ape PRE-LOVED tu?



aku selalu nengok gambar2 org meniaga online ni dan aku selalu terjumpe perkataan PRELOVED tu..aku tak tau la ade yang tau ke tak..tapi aku xpenah tau pon maksud perkataan tu..tetibe jumpe banyak lak..huhu..

setelah disiasat, rupenye maksud die barang2 yang dorang dah tak nak pakai atau tak boleh pakai, dorang jual balik..kire macam bundle la..tapi macam2 ade..kasut la, handbag la, purse la..kaya betol dorang ye banyak barang2 nak dijual..aku ni kalo boleh nak beli brg yg tahan lame je..xpyh nak beli2 lagi dah...hehe..

so, kesimpulannye PRE-LOVED tu dalam bahasa poyo nye, macam barang yg pernah di sayangi, tapi dah tak boleh pakai, terpaksa la let go dekat orang lain kan...hmm..macam-macam istilah yek...

Budi Bahasa..Ade Meh??

arini pagi2 dah ade orang buat aku hilang mood..eeeiiiiii geramnye...bongok btol...nak cakap pasal budi bahasa orang Malaysia ni...1 Malaysia katenye kan..ni pendapat dan pengalaman aku, takde kene mengena dgn sesape pon...saje nak share..

Kita selalu dengar orang kate Melayu ni kaya dengan budi bahasa berbanding bangsa lain...korang rase zaman skrg ni budi bahasa tu penting lagi ke??ni ape yg berlaku kat aku pagi tadi...

macam biase la, masuk dlm "penjara" kargo ni ade "security guard" ataupon dalam bahasa "sopan", polis bantuan..aku dah gantung kat leher lagi aku punye pas nak masuk...aku pon lalu la mcm biase jalan kaki..ade 3org yg terpacak kat situ..salah sorg ni bg la salam kat aku..so, aku pon jawab tanpa pandang die, aku dah jawab elok dah kot, Waalaikumussalam..pastu aku jln je la terus..aku dh lepas pintu boleh plak die ckp, "akak nak saya cakap kasar2 ke?"..aku pon terpinga2 la, ape la masalah mamat bongok ni...pastu die cakap, "saya nak tengok pas akak je, tunjuk la pas akak"..aku dgn hati yang membara pon tunjuk la dari jauh (dah lepas pintu)..pastu die ckp "ok"...sakit btol hati, time aku lalu die tak nak plak sibuk nak tengok pas...mcm tuuuttt perangai..sabo je la..menyakitkan hati sungguh!!!!!


aku cite ni bukan nak burukkan bangsa aku sendiri, tapi tu la kenyataannye...byk lagi la cth kalo nak cite, especially kat jalan raya...sampai malaysia ni famous sbb kemalangan jln raya...mostly berpunca dari sikap pemandu sendiri..lagi satu, mmg xreti nak bertolak ansur langsung, kalo jenis yg poyo tu, lgsg xnak bagi org masuk queue dpn die, especially kalo tgh jammed..sabo je la ek..huhu..

aku ckp pasal melayu ni bukan maksud aku bukan semua, tapi segelintir je yg poyo sesangat...bangsa india dgn cina pon ade gak yg kurang budi bahasa..cuma aku jarang jumpe cine yg kuang ajar, kalo india tu ramai..india ni jenis hati kering je..kalo orang marah pon die buat dek je...aku penah jumpe sorang minah ni time aku keje dulu, die suke dok dalam toilet berjam2, sampai satu hari aku bengang aku terkeluar la jugak ckp kat die, "ko ni berak batu ke ape?"...nk tau die watpe, die wat bodo je..huhu..sabo je la..mmg xde perasaan lgsg..die selalu kena pukul dgn abg die sndri, abg die slalu mtk duit gaji die..maybe dah terbiase kena maki2 kot, dah tak heran..

panjang pulak ye aku membebel..geram punye pasal...dikesempatan ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kenalan, maafkan segala salah silap aku, kot2 ade yg tersinggung dgn blog aku ni...balik kampung hati-hati ye...yg penting bile jammed ni kena banyak2 SABAR.....;-)





Kelebihan Solat di Awal Waktu



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.



WAKTU SUBUH

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. 

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?



WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.




WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.