Keputusan nekad saya untuk berhenti kerja hampir 2 tahun lepas adalah keputusan yg sangat sukar untuk dibuat sebenarnya. Tapi saya nekad, demi anak tersayang. Tak sanggup nak bagi orang lain jaga. Terpaksa hantar ke kampung selama 3 minggu lepas habis cuti bersalin tu adalah keputusan yg amat sukar...hati tak tenang langsung dekat pejabat...asyik teringat kat anak je...Allah je yg tau perasaan masa tu...
Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Disebabkan itu jugak saya nekad utk berhenti kerja walaupun mendapat tentangan beberapa org terdekat. Naluri seorang ibu sahaja yg menguatkan saya ketika itu.
Itu kisah 2015, banyak lagi yg berlaku kalau nak diceritakan. Tapi disebabkan itu juga saya nekad untuk berbisnes online demi mencari wang untuk menampung kehidupan. Kawan baik saya yg memperkenalkan Celebrity Lass kpd saya. Katanya pengasas produk ini adalah bumiputera dan merupakan salah seorang anak didik Dr. Azizan Osman. Tak sangka boleh terlibat sampai daftar jadi agen. Bermula dgn menjadi agen dropship je masa tu. Alhamdulillah produk ini makin dikenali ramai.
Ok..nnt saya sambung lagi ye...mata dah mengantuk sgt nih...next entry sambung pasal azam 2016 pulak...😬