Bersawang dah blog ni...

Assalamualaikum semua...
Lama betul tak tulis blog...tak tau nak mula dari mana. Macam2 dah jadi setahun dua kebelakangan ni. Benda paling besar yang jadi sepanjang tahun lepas.....>>>

- ayah mertua meninggal dunia (feb 2016)
- suami meninggal dunia (mei 2016)

Kedua2nya pergi ketika saya sedang mengandungkan anak kedua. Alhamdulillah walaupun tanpa suami di sisi, saya selamat melahirkan anak yg kedua dengan mudah dan lancar (dengan izin Allah). 

Selarang anak kedua dah berumur 6 bulan. Anak saya ada eczema yg agak teruk. Ujian bagi saya, saya redha. Merata2 dah pegi berubat, tapi belum lagi sembuh sepenuhnya. Cuma eczema dia dah semakin baik drpd sebelum ni. Doakan anak saya sembuh sepenuhnya dan membesar seperti anak2 normal yang lain. Kesian tengok dia asyik menggaru je. Huhuhu...

Saya sekarang cuma mampu berniaga secara online sahaja. Anak2 saya jaga sendiri. Saya bersyukur sebab tinggal dengan ibubapa saya. Sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya. 

Rindu sangat nak tulis blog sebenarnya, tapi tak sempat. Ni baru nak mula balik, sebab saya nak cerita detail pasal produk2 yg saya jual. 

Ok, setakat ni dulu. Nanti saya share blog saya yg khas untuk bisnes online. Dah bersawang jugak blog tu...hehehe...